Posts

From Zero To Cendol

Image
Usahawan Berjaya Tuan Husaidi Pada hari Rabu saya dan para pelajar akademi Bakat ada membuat termuramah di pejabat Tuan Husaidi iaitu usahawan hartanah dan beliau berjaya buka kedai makan iaitu kedai Raja Cendol . Kami menanyakan soalan seperti bagaimana tuan membuka kedai Cendol ?, siapa isnpirasi bisnes tuan?, cabaran menjadi usahawan? dan lain-lain. Beliau dilahirkan pada tahun 1983, beliau berkahwin dan sekarang beliau mempunyai 2 orang anak. Beliau berkerja sebagai QS selama 5 tahun. Beliau memulakan bisnes sendiri pada umur 28 tahun, beliau membuka perniagaan hartanah dan sekarang beliau mempunyai 10 cawangan. Bagaimana terjadinya kedai Raja Cendol ? Beliau membuka kedai cendol kerana kebiasaannya setelah berjumpa dengan client beliau, beliau akan mengajak mereka untuk makan bersama sambil mesyuarat atau bersembang. Pada suatu hari, beliau pernah terfikir, alangkah baiknya saya sendiri membuka kedai makan. beliau memerhatikan di tempat kerja beliau, tidak ramai kedai makanan pe